FAQ
Soalan-soalan yang sering ditanya
Tentang Anugerah Stevie
Apakah itu Anugerah Stevie?
Terdapat berapa jenis pertandingan di dalam Anugerah Stevie ini?
Apakah itu Anugerah Stevie Asia Pasifik?
Siapakah pihak penganjur dan penajanya?
Anugerah Stevie ini diwujudkan sejak bila?
Terdapat kategori apa dalam Anugerah Stevie Asia Pasifik ini?
Pemenangnya akan menerima apa?
Di mana boleh saya dapatkan senarai-senarai nama untuk pemenang yang lalu?
Kebaikan Penyertaan
Penyerahaan Penyertaan
Keputusan
Siapakah para hakimnya?
Bagaimana boleh saya memohon untuk menjadi seorang hakim?
Majlis Acara Anugerah
Anugerah
S: Apakah itu Anugerah Stevie?
J: Anugerah Stevie adalah anugerah perniagaan utama di dunia. Misi Anugerah Stevie adalah untuk mengiktiraf pencapaian di tempat kerja di seluruh dunia.
S: Terdapat berapa jenis pertandingan di dalam Anugerah Stevie ini?
J: Terdapat sembilan program Stevie Awards, setiap satu dengan fokus, senarai kategori dan jadualnya yang tersendiri.
Anugerah Perniagaan Amerika dibuka kepada semua organisasi yang beroperasi di Amerika Syarikat, dan bercirikan pelbagai kategori untuk mengiktiraf pencapaian dalam setiap aspek di tempat kerja.
Anugerah Perniagaan Antarabangsa dibuka kepada semua organisasi di seluruh dunia, dan termasuk kategori untuk memberi penghormatan kepada pencapian dalam semua aspek kehidupan pekerjaan.
Anugerah Stevie Asia Pasifik dibuka kepada semua organisasi di 29 Negara di wilayah Asia Pasifik.
Anugerah Stevie Jerman terbuka untuk semua organisasi di negara-negara Eropah di mana bahasa Jerman adalah bahasa rasmi mereka: Austria, Belgium, Jerman, Liechtenstein, Luxembourg, dan Switzerland.
Anugerah Stevie Timur Tengah Dan Afrika Utara terbuka kepada organisasi-organisasi di 17 negara di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Anugerah Stevie untuk Perkhidmatan Jualan & Pelanggan dibuka kepada semua organisasi di seluruh dunia, dan mengiktiraf pencapaian kakitangan professional jualan, perkhidmatan pelanggan dan pusat panggilan.
Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan dibuka kepada semua organisasi di seluruh dunia, dan mengiktiraf pencapaian eksekutif, usahawan wanita, dan organisasi yang mereka jalankan.
Anugerah Stevie untuk Majikan Terbaik adalah terbuka kepada semua organisasi di seluruh dunia, dan mengiktirafkan syarikat-syarikat yang terbaik di dunia untuk bekerja sama ada dalam pasukan kawalan sumber kerja dan profesionalnya, pencapaian HR, produk dan perkhidmatan terbaru dan pertolongan pembekal, dalam mewujudkan dan menjadikannya sebagai sebuah tempat kerja yang bagus.
Anugerah Stevie untuk Kecemerlangan Teknologi mengiktiraf individu, pasukan dan organisasi yang telah cemerlang dalam membentuk masa depan teknologi merentas pelbagai industri. Individu dan organisasi dari seluruh dunia, kerajaan dan swasta, komersial dan komersial, besar dan kecil, boleh mengambil bahagian.
S: Apakah itu Anugerah Stevie Asia Pasifik?
J: Ia iitubuhkan pada tahun 2013, Asia Pasifik Anugerah Stevie adalah terbuka kepada semua organisasi dan individu di 29 negara di rantau Asia-Pasifik. Semua syarikat di rantau ini boleh mengemukakan penyertaan.
J: Pihak penganjur Anugerah Stevie adalah syarikat yang terletak di pinggir bandar Washington, DC, Amerika Syarikat. Penajanya termasuk penerbit dan pihak pemasar yang terkenal dalam bidang perniagaan ke perniagaan. Klik sini untuk mengetahui tentang penaja dan rakan kongsi kami.
S: Anugerah Stevie ini diwujudkan sejak bila?
J: Anugerah Stevie telah diwujudkan sejak tahun 2002.
S: Terdapat kategori apa dalam Anugerah Stevie Asia Pasifik ini?
J: Terdapat pelbagai kategori untuk mengiktiraf pencapaian inovatif dalam setiap aspek di tempat kerja, dari barisan eksekutif ke barisan pengeluaran. Untuk senarai kategori, sila klik di sini
S: Pemenangnya akan menerima apa?
J: Pemenang Anugerah Stevie akan menerima trofi Anugerah Grand Stevie dan penggunaan logo pemenang eksklusif khas untuk pemenang Anugerah Grand Stevie. Pemenang Anugerah Emas Stevie akan menerima trofi Anugerah Stevie Emas dan penggunaan logo pemenang eksklusif khas untuk pemenangnya. Pemenang Anugerah Stevie Perak dan Gangsa akan menerima pingat perak atau gangsa Anugerah Stevie, penggunaan logo pemenang eksklusif perak khas atau Gangsa Anugerah Stevie, dan pilihan untuk membeli trofi perak atau gangsa Anugerah Stevie. Sila klik di sini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai trofi Anugerah Stevie
S: Di mana boleh saya dapatkan senarai-senarai nama untuk pemenang yang lalu?
A: Pemenang Anugerah Stevie dalam Anugerah Stevie Asia Pasifik 2024 adalah tersenarai di sini.
S: Apakah faedahnya jika kita menlibatkan dalam penyertaan ini?
A: Mengambil bahagian dalam Anugerah Stevie Asia Pasifik adalah salah satu cara yang kos efektif untuk memberi penghormatan dan ganjaran kepada pekerja anda yang dihargai. anda dapat menberi ganjaran kepada mereka hanya dengan mencalonkan mereka, Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang nilai untuk memenangi anugerah korporat.
Faedah-faedah menjadi pemenang Anugerah Stevie juga akan menjadi penting. Pemenang boleh mengharapkan untuk menerima sejumlah besar publisiti. Pembinaan jenama atau faedah jenama salingan memenangi Anugerah Stevie ini boleh menjadi penting.
S: Apakah sakangan jenis publisiti yang boleh pemenang Anugerah Stevie menerima?
J: Majlis acara anugerah akan disiarkan di peringkat antarabangsa, jadi pemenang Stevie akan menerima pendedahan antarabangsa hanya dari siaran. Agensi perhubungan awam Anugerah juga akan berusaha untuk menjana pendedahannya ke tingkat antarabangsa, serantau dan tempatan untuk penerima anugerah ini.
S: Siapa yang boleh dicalonkan dalam Anugerah Stevie Asia Pasifik ini?
J: Semua organisasi dan individu di 29 negara di rantau Asia Pasifik layak untuk menghantar penyertaan. Negara-negara ini termasuk:
Australia
Bangladesh
Bhutan
Brunei
Burma
Kemboja
China (Republik Rakyat China, termasuk Hong Kong)
East Timur
Fiji
India
Indonesia
Jepun
Laos
Malaysia
Maldives
Mongolia
New Zealand
Nepal
Pakistan
Filipina
Republik China (Taiwan)
Samoa
Singapura
Kepulauan Solomon
Korea Selatan
Sri Lanka
Thailand
Tonga
Vietnam
S: Siapa yang boleh menghantar penyertaan untuk pertimbangkan seterusnya?
J: Sesiapa orang, kumpulan, atau organisasi boleh menghantar penyertaan.
S: Adakah syarikat yang terkenal sahaja dapat menyerahkan penyertaan untuk pertandingan ini?
J: Tidak, sebarang organisasi atau individu yang layak boleh menghantar penyertaan.
J: Ya, mereka boleh. Terdapat juga beberapa kategori khas untuk organisasi kerajaan dan pertubuhan tanpa keuntungan.
S: Bilakah tarikh akhir untuk penyerahan penyertaan?
J: Terdapat tiga tarikh akhir untuk Anugerah Stevie Asia-Pasifik 2025:
19 November 2024: Tarikh akhir bagi pendaftaran awal
17 Januari 2025: Tarikh akhir pendaftaran
19 Februari 2025: Hari terakhir untuk pendaftaran bagi penyertaan lewat
S: Terdapat sebarang yuran penyertaan?
J: Ya, terdapat yuran penyertaan. Klik sini, untuk senarai yuran penyertaan.
Kerana Anugerah Stevie adalah sebuah organisasi yang bebas, kami hamper dibiayai secara eksklusif melalui yuran penyertaan dan penajaan.
S: Di mana boleh saya melihat contoh-contoh penyertaan syarikat lain yang telah dihantar?
J: Klik di sini untuk membaca entri pemenang Anugerah Stevie Emas dalam Anugerah Stevia Asia Pasifik 2024.
S: Adakah semua borang penyertaan akan dirahsiakan?
J: Ya. Pihak penganjur akan memastikan bahawa hanya para hakim yang diberi kuasa akan mengkaji semula penyertaan dan bahawa maklumat mengenai calon-calon tidak akan dibuka kepada orang lain tanpa kebenaran terlebih dahulu.
S: Penyertaan akan menerima dalam bahasa apa?
J: Penyerahan mesti dibuat dalam bahasa Inggeris.
J: Lebih daripada 100 eksekutif di seluruh rantau ini akan mengambil bahagian dalam proses penghakiman. Jika anda ingin memohon untuk menjadi hakim, klik di sini. Anda akan dapat untuk mengambil bahagian mengikut kemudahan anda melalui Internet.
S: Bagaimana boleh saya memohon untuk menjadi seorang hakim?
J: Klik sini, untuk pelengkapan permohonan untuk mengambil dalam bahagian penghakiman pusingan awal penghakiman
S: Adakah majlis acara anugerah itu akan disiarkan?
J: Ya, akan ada siaran internet secara langsung bagi upacara tersebut.
S: Pada bila majlis acara anugerah itu akan berlangsung?
J: Pemenang Anugerah Stevie akan diumumkan pada 2 April. Pemenang akan diraikan pada acara gala pada akhir Mei.
S: Apakah kos untuk menghadiri majlis acara anugerah ini?
J: Harga tiket akan diumumkan apabila pemenang diumumkan pada bulan Mac.
S: Bagaimana pemenang Anugerah Stevie ini ditentukan?
J: Lihat halaman ini untuk penerangan tentang proses anugerah.
S: Pada bila pemenang Anugerah Stevie akan diumumkan?
J: Pemenang Anugerah Stevie akan diumumkan pada 2 April. Pemenang akan diraikan pada acara gala pada akhir Mei.
S: Apa yang akan pemenang Anugerah Stevie menerima?
J: Pemenang Anugerah Stevie dengan secara automatik akan menerima satu trofi Grand Anugerah Stevie. Pemenang Anugerah Stevie Emas secara automatik akan menerima satu trofi Anugerah Emas Stevie. Pemenang Stevie Perak dan Gangsa dengan secara automatik akan menerima satu pingat perak atau gangsa dan akan mempunyai pilihan (tetapi bukan dimestikan) untuk membeli trofi perak atau gangsa Anugerah Stevie.
S: Bolehkah pemenang Anugerah Stevie ini membeli anugerah salinan?
J: Ya. Pelbagai anugerah salinan dan barangan peringatan lain boleh dibeli di StevieAwards.myshopify.com.